Saturday, December 04, 2010

EUROPE Tour

Travel bags dah packed. Currency pun dah tukar. 5.30pm ke KL, 12mnight ke Frankfurt.

This is my 13 days itinerary:Free Orkut and My Space animated emotions Graphics Glitters


HARI 01 KLIA - 4 Dis
Berkumpul di KLIA. Selepas selesai urusan daftar masuk bagasi dan imigresen, terus bertolak ke Frankfurt.

HARI 02 FRANKFURT / VIERNHEIM - 5 Dis
Tiba di Frankfurt, lawatan ringkas di sekitar Frankfurt (ByPass). Seterusnya bertolak ke Heidelberg yang merupakan salah satu bandar tercantik di German. Di sini terdapatnya Istana Heidelberg. Bertolak ke Viernheim untuk berehat dan bermalam.

HARI 03 VIERNHEIM / BLACK FOREST / SCHAFFHAUSEN / LUCERNE – 6 Dis
Selepas sarapan pagi, berangkat ke Schaffhausen untuk menyaksikan air terjun yang terbesar di Eropah iaitu THE RHINEFALLS. Anda juga akan melalui Black Forest sambil menghayati pemandangan yang indah disini. Berehat di Titisee untuk makan tengahari dan menikmati pemandangan. Seterusnya bertolak ke Lucerne. Lucerne adalah kota warisan yang terkenal dengan Pergunungan Alps dan dikelilingi oleh tasik yang terjadi dari Sungai “Reuss”. Setibanya di sana terus ke hotel penginapan untuk berehat. Bermalam di Lucerne.

HARI 04 LUCERNE – 7 Dis
Selepas sarapan pagi anda akan di bawa melawat ke Gunung Titlis dengan ketinggian 3020 meter yang mempunyai salji sepanjang tahun dengan menaiki kereta kabel (optional tour). Di sini anda dapat menyaksikan panorama yang cukup menarik. Anda juga berpeluang bermain luncur salji. Pada petangnya lawatan ke Chapel Bridge dan seterusnya membeli-belah jam jenama Swiss dan “chocolate” yang masyhur di sini. Aturcara bebas. Bermalam di Lucerne.

HARI 05 LUCERNE / PARIS – 8 Dis
Selepas sarapan pagi, perjalanan jauh ke Kota Metropolitan Paris yang terkenal dengan sejarah Napoleon Bonaparte. Setibanya disana terus ke hotel penginapan untuk berehat. Aturcara bebas. Bermalam di Paris.

HARI 06 PARIS – 9 Dis
Selepas sarapan pagi anda akan dibawa melawat ke kota Paris. Menyaksikan panorama menarik dari Menara Eiffel dan lawatan ke “Arc de Triomphe, Opera, Madeleine, Lauvre, Champs-Elysees, Cathedral of Notre Dame yang dibuat dari gelas kaca. Menyusuri Sungai Seine dengan bot di mana anda dapat melihat bangunan yang berusia 2000 tahun dan peninggalan sejarah Napoleon Bonaparte (optional). Pada sebelah petang aturcara bebas membeli-belah. Bermalam di Paris.

HARI 07 PARIS / AMSTERDAM – 10 Dis
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Amsterdam. Anda berpeluang melihat banyak windmill apabila memasuki Negara Holland. Sampai di Amsterdam, aturcara bebas. Anda boleh merancang sendiri untuk keluar melihat aktiviti malam di Amsterdam.

HARI 08 AMSTERDAM – 11 Dis
Selepas sarapan pagi lawatan ke kilang memproses dan memotong batu permata (berlian). Seterusnya acara menarik menyusuri sungai dengan menaiki “Canal Cruise” yang merupakan pengangkutan air yang terkenal di Kota Amsterdam sambil menghayati keunikan bangunan dan kesan peninggalan sejarah. Pada sebelah petang lawatan Zaanese Schans iatiu perkampungan ‘Windmill’ dan perkampungan nelayan Volendam yang menarik. Seterusnya lawatan ke kilang memproses keju dan membuat kasut kayu (Clog Maker) dan anda juga berpeluang melihat demontrasi cara pembuatannya. Balik ke Amsterdam dan anda berpeluang bersiar-siar di dataran yang tertua di Amsterdam iaitu “Damrak Square”. Bermalam di Amsterdam.

HARI 09 AMSTERDAM / BELGIUM / LONDON – 12 Dis
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Brussels, Belgium iaitu bandaraya yang berusia 1000tahun. Nama Brussels diambil sempena 19 daerah kerajaan Perancis. Bertolak ke London menaiki Eurostar. Sampai di London, anda akan dibawa terus ke hotel untuk bermalam.

HARI 10 LONDON – 13 Dis
Selepas sarapan pagi lawatan ke House of Parliaments, Big Ben, Westminter Abbey dan Trafalqar Square dan seterusnya aturcara bebas membeli-belah di lokasi yang terkenal iaitu Oxford Street. Bermalam di London.

HARI 11 LONDON – 14 Dis
Selepas sarapan pagi aturcara bebas. (Hope to meet up with Noraini)

HARI 12 LONDON/K. LUMPUR – 15 Dis
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang ke KL.

HARI 13 KUALA LUMPUR - 16 Dis (7am)
Tiba Kuala Lumpur 7pagi. 1.55pm flight to Penang, InsyaAllah.


Send This Graphic To Your Friends! Click Here to Play.

3 comments:

  1. assalamualaikum~
    amboi..berjalan sakan aii..
    hurmm nt balik bawak ole2 dah arr balik time birthday shela...hehhe
    apa2 pon semoga selamat pergi n balik..
    wassalam..

    ReplyDelete
  2. Hehe.. InsyaAllah. Balik ni bday makchak too.. So, kita tukaq2 hadiah? Amacam?

    ReplyDelete
  3. insyallah~heheheh..owh yaka..x tau plak bday makchak..bleh cleb sesama ni..heheh

    ReplyDelete