Monday, January 04, 2010

Doa Pendinding Dan Pengerak



Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Keberuntungan Beramal Dengan Doa Ini:

1. Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja, ianya boleh menggerakkan hati kita untuk meneruskan kerja-kerja itu ataupun tidak. Bacalah doa sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah SWT akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, Insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati, maka kalau ajal telah tiba, kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

2. Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ke tubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun dan terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang seperti kanser, diabetes, dan sebagainya. Amalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

3. Terhindar Daripada Sihir
Amalkan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman untuk menghindarkan dari sihir santau dan sihir yang digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan.

4. Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Amalkan doa ini, insya’Allah tiada gangguan dari makhluk halus yang menakut-nakutkan dan memudaratkan kita. Untuk mengelakkan makhluk halus masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

1 comment:

  1. tu dia ustazah dah buka kitab! welldone, it'll be good reference. thx

    ReplyDelete