Saturday, February 12, 2011


On the spur of the moment, Firdaus tiba-tiba buat keputusan nak balik Penang kelmarin. He took the 3.30pm bus from Seremban. Tunggu punya tunggu...




...tengahmalam baru sampai rumah! 9 jam travelling tu! Kalau naik flight, perjalanan 9 jam tu boleh sampai ke Airport Jeddah dah! Kesiannya dia... nampak letih sangat! layuuu jer ... eemm.. reminds me of sayur bayam masak air gitu!

eh! merepek
apa pulak ni!



ok! back to activity of the day!

Today, I masak Dalca Daging Tulang Rusuk, Sayur Kobis Goreng, Sambal Belacan and his favourite Ayam Goreng Bumbu. Sukanya tengok dia berselera makan.. setimbun uuu..!

After lunch, sibuk berkesah nak buat kek. I saw this recipe from Puan Ummi's Blogspot -


LIME N BUTTERMILK CAKE

Bahan:-
250 gm mentega - suhu bilik
2 biji limau nipis - parut dan ambil kulit dan jus dalam 3 sudu besar
1 cawan (225 gm) gula kastor
3 biji telor - asingkan putih dan kuning
2 cawan (220 gm) tepung naik sendiri - ayak
210 ml buttermilk

Lime Icing:-
1 cawan (110 gm) gula icing - ayak
1 sudu teh susu segar
1 - 1 1/2 sudu besar jus limau nipis


Cara Membuat:-
Panaskan oven pada suhu 170C. Griskan tin kek bulat saiz 8" (20 cm base) dan taburkan sedikit tepung supaya kek tidak melekat. Letakkan atas baking tray, ketepikan. (*ummi guna loyang bulat 6" diameter, 3"tinggi punya..)

Pukul mentega, 1 sudu besar kulit limau dan gula dalam mixing bowl dengan kelajuan tinggi hingga gebu dan kembang. Masukkan kuning telor satu persatu sambil dipukul hingga sebati. Setelah itu masukkan separuh sukatan tepung dalam adunan dan kacau rata. Masukkan separuh buttermilk dalam adunan dan 1 sudu besar jus limau. Kacau sebati. Ulangi lagi dengan memasukkan kesemua tepung, buttermilk dan 1 sudu besar jus limau ke dalam adunan. Kacau hingga adunan sebati.

Sementara itu pukul telor putih hingga gebu dan bertanduk. Masukkan ke dalam adunan dan kaup balikkan supaya sebati.

Tuangkan ke dalam tin kek dan hentakkan sedikit sebelum dibakar selama 50 - 60 minit/hingga masak. Setelah masak, biarkan dalam oven selama 5 minit sebelum dikeluarkan dan letak atas wire rack biar sejuk.

Untuk Lime Icing:-
Satukan kesemua bahan supaya menjadi icing yang pekat. Jangan tuangkan kesemua jus limau, agak2 supaya tidak jadi cair.. Sapukan atas kek sebelum dihidang.






..eh! tu bukan kek I !! yang tu Puan Ummi buat punya !!

ni haa...

.. my results ..




ha? apa dia?
layu macam
bayam masak
air jugak?
oh! mengapakah!


... Langit tak selalu cerah ...

2 comments:

  1. Hahaha, mmg langit tak cerah hari ni...ada org buat kek penyet. Jgn risau, my cake pun kerap jadi camtu, tahtang mana silap. Kena menuntut lagilah tu ngan, mixer n oven sendiri.

    ReplyDelete
  2. hope my next 'assignment' would boost up my spirits again.
    .. coming soon ..
    Kek Pisang - Faiz's special request

    ReplyDelete